Isnin, 2 Mei 2016

buntat lipan geliga lipan

Geliga Lipan

Asal Usul Geliga Lipan

Geliga Lipan mempunya 3 peringkat penghasilan nya iaitu :

Mulut
Geliga Lipan yang terhasilan dari mulut adalah dari proses pembentukan bisa yang terkumpul daripada campuran bahan-bahan lain acid dan mineral . Proses tersebut telah membuatkan bisa Lipan itu menjadi membeku dan membatu . Keberadaan Geliga biasa nya berada di sepit Lipan itu sendiri dan warnanya merah .

Kepala
Gelipa Lipan yang berada diatas kepala adalah hasil dari perubahan tempat dan kematangan geliga sendiri . Apabila Geliga Lipan yang berada di mulut lipan melalui proses kematangan . Geliga tersebut akan beralih tempat ke atas kepala . Bagaimana , dari mana dan macam mana proses ini berlaku itu pun susah nak di uraikan . Kerana semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah sendiri .

Perut / Badan
Geliga Lipan yang terhasil di dalam perut adalah proses yang hampir sama dari mulut . Ianya berlaku adalah dari proses pembekuan bisa lipan didalam perut sehingga menjadi batu . Bagi bidang sains , ianya dipanggil kanser perut yang berlaku kepada lipan .

Punggung
Selalunya Geliga Lipan sesuatu yang terhasil dari Punggung (dubur) lipan adalah amat tidak bernilai sama sekali . Ini kerana ianya tidak mempunyai apa-apa khasiat dan ianya terhasil daripada Najis lipan itu sendiri . Dan nilai pasaran amat murah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan